KAYUHAN MESRA DI IPOH

Rasa nak kayuh & nak buat pengumuman acara kayuhan masuk sini

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby winidear » Fri Jan 01, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010 :hi:

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan salam 1 Malaysia kepada semua ahli dan peminat JomKayuh.com moga tahun 2010 merupakan tahun yang lebih baik buat semua dan negara ini - apapun khasnya kepada Kaum Melayu pula jangan mudah leka takut nanti hilang kuasa dan Kuasa itu amanah dari ALLAH.
winidear
Rider Upgrade Parts
Rider Upgrade Parts
 
Posts: 71
Joined: Thu Apr 10, 2008

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby ash » Wed Jan 06, 2010

bab kuasa kene tanya yg memerintah.. deme yg ada kuasa..
ImageImage

"SAPE CEPAT DIA LAJU"
User avatar
ash
Moderator
Moderator
 
Posts: 788
Joined: Thu Feb 14, 2008
Location: cheporaya

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby winidear » Sun Jan 10, 2010

ash wrote:bab kuasa kene tanya yg memerintah.. deme yg ada kuasa..



KUASA AMANAH ALLAH

Winidear ingin menarik perhatian kepada titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kelmarin agar semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia. Sesungguhnya itulah asasnya. Daulat Tuanku.
winidear
Rider Upgrade Parts
Rider Upgrade Parts
 
Posts: 71
Joined: Thu Apr 10, 2008

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby winidear » Sat Jan 30, 2010

PULIHKAN EKONOMI DENGAN SEGERA

Pagi ini kalau tak hujan winidear macam biasa kayuh (MTB) santai ke Chemor dan balek semula ke Taman Meru, Jelapang, Ipoh - majoriti rakyat Malaysia hari ini bimbang takut hilang pekerjaan, simpanan dan juga tekanan inflasi :( .

Ramai juga di antara kita seolah-olah lebih tertumpu kepada soal hubungan kaum, rasuah dan politik dan sedikit sangat dilakukan kepada ekonomi. Winidear berharap semua pemimpin kita samada pemerintah atau pembangkang perlu berusaha lebih serius untuk menjana ekonomi kita bagi mendapat keyakinan rakyat - teruskan senaman dengan berkayuh :bike: - apapun winidear tetap dengan aktiviti mesra alamnya - mudah mudahan alam tak mengamuk lagi.


- Syukur Sihat, Senam Sebelum Sakit
winidear
Rider Upgrade Parts
Rider Upgrade Parts
 
Posts: 71
Joined: Thu Apr 10, 2008

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby winidear » Thu Feb 25, 2010

Tahniah pada MTB dan Roadies bikers (Meru Cycling Club, Ipoh) kerana telah selamat sampai dari Ipoh ke Lumut (92 km) pada 19 Februari yang lalu. Kebanyakan peserta (14 orang ) terdiri dari yang telah berumur 45 dan 65 ke bawah. Syukur semuanya selamat pulang tanpa kecederaan - Seronok juga kayuh santai mulai dari jam 4.30 pagi dan tiba di Lumut lebih kurang jam 10.00 pagi (cuma berhenti rehat untuk sembahyang Subuh dan minum pagi sahaja) - jumpa lagi di lain masa.
winidear
Rider Upgrade Parts
Rider Upgrade Parts
 
Posts: 71
Joined: Thu Apr 10, 2008

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby winidear » Sat Apr 10, 2010

TERBUNUH AKIBAT TERJATUH KETIKA SEDANG BERLATIH :(


winidear merakam ucapan sekalung takziah kepada keluarga arwah Nurfarahdini Zakaria terbunuh selepas terjatuh semasa menjalani latihan pada pagi 06 April 2010 (Selasa) yang lalu bersama skuad lumba basikal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lambor Kiri dekat Seri Iskandar, Perak Tengah. Nurfarahdini, yang juga anggota TLDM adalah anggota pasukan lumba basikal wanita kebangsaan yang menyertai Sukan Sea di Laos tahun lepas - ALFATIHAH
winidear
Rider Upgrade Parts
Rider Upgrade Parts
 
Posts: 71
Joined: Thu Apr 10, 2008

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby winidear » Wed May 26, 2010

TAHNIAH !

winidear ucap tahniah kepada Jabatan Perhutanan Johor dan Presiden Kelab Sukan Rekreasi dan Kembara Johor, Tahir Ali, 51 yang menawarkan tempat beriadah dengan menyediakan laluan untuk aktiviti basikal bukit (MTB). Laluan yang melalui kawasan hutan lipur sejauh kira-kira 15 kilometer dipercayai yang pertama seumpamanya di negeri ini. Pada setiap hujung minggu, lebih 30 penunggang basikal bukit akan berkumpul dan seterusnya melakukan aktiviti sambil menghirup udara segar di kawasan ini. Laluan yang disediakan di Hutan Lipur Gunung Pulai 2 ini (dekat pekan nenas, Pontian) juga sesuai bagi tujuan pertandingan :fullface: . Winidear percaya sekiranya kawasan ini diberikan perhatian oleh pihak yang berkenaan, ia akan memajukan lagi aktiviti sukan MTB di negeri ini.
winidear
Rider Upgrade Parts
Rider Upgrade Parts
 
Posts: 71
Joined: Thu Apr 10, 2008

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby winidear » Mon May 31, 2010

HAPPY TO RIDE IPOH (HTR) MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2010 :bike:

Acara kemuncak MTB Jamboree Ipoh 2010 (45km) telah selesai pada hari ini di mana hampir 300 daripada 1062 peserta telah berjaya menamatkan acara sebelum jam 1.00 petang :respek: . Tahniah kepada semua Urusetia HTR dan para peserta Jamboree 2010 yang datang dari seluruh negeri di Malaysia ini. Kita jumpa lagi di lain masa.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SYUKUR SIHAT SENAM SEBELUM SAKIT
winidear
Rider Upgrade Parts
Rider Upgrade Parts
 
Posts: 71
Joined: Thu Apr 10, 2008

Re: KAYUHAN MESRA DI IPOH

Postby winidear » Wed Jul 28, 2010

KEMPEN BERBASIKAL CAP KE 11
BALIK PULAU, PULAU PINANG PADA 25 JULAI 2010

Tahniah kepada Biker's MTB Taman Meru, Jelapang Ipoh yang telah menghadiri dalam acara tersebut. Sungguh meriah hampir seribu tujuh ratus peserta mengambil bahagian yang terdiri daripada berbagai jenis basikal.

"Bukan tujuan untuk beremosi tetapi hanya sekadar untuk bermesra dengan alam".
winidear
Rider Upgrade Parts
Rider Upgrade Parts
 
Posts: 71
Joined: Thu Apr 10, 2008

Previous

Return to Acara Mingguan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron
eXTReMe Tracker