PKNS MTB Kami kembali membawa anda meneroka trek MTB baru di kawasan Pembangunan PKNS. Jika tahun 2009 kami menganjurkan "Kayuhan Antara Gapi" kali ini kami memilih kawasan pembangunan Bernam Jaya sebagai gelanggang menguji daya tahan fizikal dan mental peminat Basikal Gunung. Penyertaan telah di buka, Buat masa ini penyertaan di dalam talian boleh dibuat dengan melayari http://pknsmtb.blogspot.com.
Sedikit info mengenai Bernam Jaya, Ia merupakan satu kawasan pembangunan baru PKNS. Lokasi Bernam Jaya terletak di utara Selangor berhampiran dengan sempadan Selangor dan Perak. Ia terletak berhampiran dengan Bandar Tanjung Malim, Perak dan Sabak Bernam, Selangor . Pintu masuk ke Bernam Jaya betul-betul selepas membayar tol keluar dari PLUS highway di Susur Tanjung malim. Jika anda dari arah Kuala Lumpur atau Shah Alam akan mengambil masa perjalanan selama 45 minit dan berjarak 82 km.




